Mengenai Kami

Comel Food Sdn Bhd

Syarikat Comel Food Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2011 beroperasi di Bandar Baru Bangi Selangor, Malaysia.

Syarikat ini ditubuhkan rentetan peluang yang telah diberikan kepada En Anwar Atan dan Puan Raslinda Chek Dol untuk mengambil alih kilang pengeluaran Pau dari seorang pengusaha Cina Muslim.

1 Juta+

Pau Telah Dibuat

12

Pekerja Mahir

Dari situ, bermulalah perjalanan syarikat Comel Food Sdn Bhd sehingga ke hari ini Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi di dalam memeastikan syarikat dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan terus bersaing dengan para pengeluar Pau lain yang terdapat di pasaran.

Pada hari ini terdapat lebih kurang 20 jenis produk yang dikeluarkan termasuklah pelbagai inti Pau, Dimsum dan Bahulu.

Terdapat lebih kurang 50 saluran jualan yang merangkumi kiosk kiosk, ejen ejen para peruncit para pegerai kantin kantin kedai kedai makan restoran restoran dan juga Food Truck di seluruh Semenanjung Malaysia pada masa ini yang menjual produk Comel Food Sdn Bhd.

Pihak Comel Food Sdn Bhd terus berusaha mengeluarkan produk produk HALAL baru dari masa ke semasa untuk memenuhi kehendak pasaran serta meneroka pasaran pasaran baru seperti Pasaran Hypermarket, Pasaran Atas Talian dan juga Pasaran Luar Negara.

VISI

Menjadi pengeluar produk makanan dan syarikat francais Malaysia paling BERJAYA di peringkat global tahun 2025

MISI

1. Menghasilkan produk premium yang berkualiti
2. Memberi manfaat dan menggembirakan usahawan dengan purata margin keuntungan yang tinggi
3. Mengeluarkan produk dengan harga jualan mampu milik
4. Memberi Latihan dan pemantauan berterusan kepada usahawan kakitangan CF

PENCAPAIAN

Menjadi usahawan anchor kepada RISDA

Memenangi Pertandingan Hasil Hasil Pertanian Pemprosesan anjuran Jabatan Pertanian Selangor

Bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti PNS, TERAJU, ZAKAT SELANGOR dan lain lain

Pelantikan sebagai mentor usahawan dibawah beberapa agensi seperti Jabatan Pertanian Johor, Yayasan Johor Corporation dan PMJB

Pelantikan sebagai ahli komiti Entrepreneurship Central Committee (ECC), UniKL

FASILITI & KEUPAYAAN COMEL FOOD

• CF sedang menuju ke arah HACCP, GMP ISO 9001
• Menawarkan pakej perniagaan JOM NIAGA kepada agensi agensi kerajaan seperti RISDA, ZAKAT, KBS dan lain lain
• Memasuki pasaran antarabangsa melalui rakan niaga terpilih seperti Brunei, Singapura dan Indonesia
• Memiliki perlesenan francais secara penuh
• Mempunyai 1000 agen seluruh Malaysia pada akhir tahun 2022
• Memiliki 200 francais seluruh Malaysia pada akhir tahun 2023

MODEL PERNIAGAAN

• Pra-francais perlesenan food truck, island kiosk gerai jalanan
• Perniagaan berangkai agen dropship, perniagaan atas talian perniagaan dari rumah perniagaan offline
• Penghasilan produk OEM