Perkembangan Perniagaan

Permulaan Comel Food Sdn Bhd Sehingga Hari Ini

2007

Mula berniaga kecil kecilan menjual pau di tepi jalan dengan mengambil produk dari kilang Cina Muslim.

2010

Mula belajar cara cara mengeluarkan dan menguruskan perniagaan pau.

2011

Mengambil alih kilang pengeluaran pau Cina Muslim yang dinyatakan di atas dan memluakan pengurusan serta pengeluaran pau sendiri di bawah syarikat Comel Food Sdn Bhd.

Mula mengeluarkan membekal dan menjual pau kepada penjaja-penjaja tepi jalan / pasar malam / pasar tani serta ejen ejen individu.

2012

Mula membekalkan dan menjual pau kepada para peniaga di kedai kedai makan kantin kantin sekolah dan hospital hospital.

2013

Mula membekalkan dan menjual pau kepada pembekal pembekal utama hospital kerajaan dan sekolah berasrama.

2014

Mula membekalkan Pakej Perniagaan Pau kepada para peserta 1 Azam di bawah kementerian Sumber Manusia Malaysia.

2015

Mendapat sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mendapat sijil MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2016 Hingga Sekarang

Mengeluarkan Dim Sum Halal.

Menjalankan kerjasama Perniagaan Food Truck bersama RISDA.

Menawarkan Pakej Pembangunan Perniagaan kepada Para Belia RISDA.

Menawarkan Pakej Perniagaan Food Truck dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti RISDA, PNS dan lain lain.

Di dalam proses menfranchaiskan perniagaan Pau Comel pembukaan Kiosk Premium Ruma Risoles di Mesamall Nilai.